Syiling ini juga dipanggil Syiling Pedang Zulfikar, Syiling Yassin 1, dan Syiling Toyol Memegang Tombak. Meminjam sedikit info dari blog Pejuang Kesenian Extreme (PKE), antara kajian yang telah dijalankan oleh mereka, Syiling jenis ini merupakan syiling yang menjadi kegilaan ramai peminat syiling lama disebabkan keunikannya yang tersendiri. Selain daripada sifat misteri yang tidak diketahui zaman kemunculannya, (ada yang mengatakan usianya kini lebih dari 800 tahun) ketukangan serta motif pembuatan corak yang ditempa di syiling tersebut juga masih menjadi persoalan. Syiling ini juga diberi nama syiling yassin kerana ada tulisan yassin di bahagian depan dan belakang syiling tersebut.
Seni pembuatan syiling ini semuanya ditempa dengan tangan (yang asli) dengan penggunaan corak yang sama mengikut bilangan atau jenis yang berbeza.Bahan yang digunakan untuk menghasilkan syiling ini juga ada pelbagai jenis.Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan syiling ini adalah Timah hitam, emas, logam, tembaga mahupun besi.
Pakar Syiling-syiling lama mengatakan bahawa Syiling ini dibuat bagi memperingati perjalanan Islam di Tanah Melayu suatu ketika dahulu kerana ada unsur-unsur sedemikian di belakang syiling Yassin.
Sesetengah orang percaya duit ini boleh digunakan untuk menurun (memuja untuk memanggil duit). Dikhabarkan juga,duit ini memang sesuai digunakan sebagai ibu duit. Hanya kepada Allah kita memohon petunjuk.
Syiling Pedang Zulfakar (Front)
Syiling Pedang Zulfakar (Back)
Perhatian : Jagalah akidah anda (Dipetik dari kata-kata pengasas Barangan Mistik)
Setiap ciptaan Allah telah dititipkan sifat semulajadi pada setiap jisimnya.Barang adalah faktor dorongan dalam mencapai hajat melalui doa, usaha, ikhtiar dan bertawakal kepada Allah S.W.T
Haruslah anda fahami hakikat penggunaan barang hanyalah pegantara seperti mana yg terpapar pada kisah Nabi Ayub yang menjadi teladan buat sekalian umat Islam. Sudah tentulah Allah tidak akan turun dari langit serta merta untuk memakbulkan hajat anda itu, siapa anda? Sedangkan Nabi perlu kelangit bertemu Allah. Pasti ada perantara untuk hambanya :
Doa : Nabi Ayub berdoa
Masalah : Penyakit kudis
Pengantara : Setelah mendapat petunjuk Allah nabi Menghentak tanah menggunakan kaki sehingga mengeluarkan mata air
Sembuh : Nabi Ayub sembuh melalui perantara air dengan izin Allah
Penyelesaian : tidak pernah lepas dr kudrat Allah, sujud syukur sebagai tanda khadam Allah dan bukan menjadi khadam kepada barang. Air tersebut mengubati tetapi penyembuh adalah kuasa mutlak Allah. Begitulah sifat air, binatang, pokok, tumbuhan, akar, teras kayu, permata segalanya telah menyandang peranan yg tersendiri.
“Sekiranya kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kepada Allah” Surah Ali Imran ayat 159.
Barang tiada apa kuasa melainkan ia adalah perantara dari Allah untuk KEGUNAAN MAKHLUKNYA
Itulah bukti Allah Azza Wajalla tidak menjadikan sesuatu yang sia-sia.
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi ‘ulul-albab’ (ahli fikir).
(Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka.” Surah Ali Imran ayat 190-191.
Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. ( Surah Ar-Ruum ayat 8 )
Bagaimana saya memiliki Harta ini?
Syiling ini telah diperturunkan sejak dari moyang turun ke datuk, dan seterusnya bapa dan kini kepada saya.
Melalui penceritaan bapa saya, Syiling ini berasal dari Indonesia, telah bertukar tangan sejak sekian lama (mungkin ratusan tahun), dibawa oleh orang-orang yang merantau / berhijrah untuk menuntut ilmu dan mencari pengalaman hidup. Syiling ini mempunyai nilai yang tinggi pada masa itu dan dikhabarkan bahawa syiling tersebut dapat menggambarkan maksud dan asal usul pembawa syiling ini. Wallahualam. (Allah lebih mengetahui)